Khamis, 2 Mei 2013

Pantun mari solat

Berbaju kurung bertudung labuh
berkain songket berselipar jepun
awal pagi dah sembahyang subuh
agar hidup sentiasa rukun..

Pagi-pagi minum kopi
bekalan untuk perjalanan ke Johor
pandu kereta berhati-hati
masuk waktu sembahyang zohor..

Orang kaya berkereta besar
sambil bersembang memakan
kacang bila tibanya waktu asar
itu tandanya hari dah petang..

Waktu petang menjamah roti
roti dibeli di kedai cik syarip
mulut ibu tak henti-henti
menyuruh adik sembahyang maghrib...

Wanita cantik lelaki kacak
hulurkan senyuman muka berseri
bila malam sembahyang isyak
baru cukup 5 waktu sehari...

Alhamdulillah syukur diatas pemberiaan dari yg maha esa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Indonesia..

Assalamualaikum... alhamdulillah sampai juga kita di kampung halaman. setelah beberapa hari mengharungi perjalanan yang agak mencabar jug...