Rabu, 3 April 2013

Cinta itu buta

'kau hilang bilaku tiba kau datang bilaku kecewa terasa diri dipersenda.. Dimana berakhirnya nanti permainan sandiwaramu itu sesungguhnya aku tak mengerti... Jika benar cinta itu buta, butakah mataku berkali terluka masih juaku menunggu apa yang ku inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan...' siapa tak kenal lagu ni kan? Lagu ini memang memberi banyak makna kepada orang2 yang sedang kecewa kerana cinta.. Oleh itu disini aku juga ingin berkongsi cerita tentang cinta lama ku biar entry kosong rindu2 karang la sikit.. Ok memang tak di nafikan ramai juga insan2 yang kecewa, terluka sbb cinta. Benar kah cinta itu buta dan boleh membutakan? Memang benarlah dalam sekelip mata kita boleh jatuh cinta dan kerana cinta kita sanggup tinggalkan segalanya. Kerana menganggap cinta adalah segalanya malah ada yang sanggup korbankan harga diri semata2 kerana cinta, bukan itu saja ada yang lagi parah bila sanggup membunuh diri kerana cinta. MasyaAllah sampai macam itu parah yaa.. Apakah cinta itu 1 keperluan? Ya kerana ia melengkapi jiwa, hati dan hidup tanpa cinta hidup terasa kosong tapi mencintai biar punya cita2 bukan sekadar suka2. Punya cinta hidup lebih bermakna, tapi ramai yang mengambil kesempatan atas cinta. Cinta itu sebenarnya indah bagi yang tau menghargai, mencari cinta yang tulus bukan suatu yang mudah, cinta di mana2 boleh jumpa cuma yang sejati amat sukar untuk menemuinya. Couple itu haram tapi mencintai itu tidak haram kerana cinta itu adalah pemberiaan dari pada Allah Yang Maha Indah justru itu jagalah kesuciaan cinta. Couple itu haram sebab ia belum suatu yang belum pasti, couple boleh merosakkan seseorang kerana adanya dorongan nafsu apabila terlalu asyik lupa segalanya syaitan akan menjadi yang ke tiga... Apapun cinta itu memang buta dan boleh membutakan. Terpulang pada kita untuk memilih atau mencari cinta apakah yang ingin di miliki..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Indonesia..

Assalamualaikum... alhamdulillah sampai juga kita di kampung halaman. setelah beberapa hari mengharungi perjalanan yang agak mencabar jug...