Jumaat, 6 Disember 2013

Kuih baulu..

Bahan-bahan:
 200g gula kastor 200g tepung gandum}
 1 sudu teh serbuk penaik}-diayak (A)
5 biji telur gred A
 3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla Sedikit pewarna hijau dan merah (yang ni makcik abaikan)

Cara membuat:
1.Pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
2.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
 3.Campurkan esen vanilla dan akhir sekali campurkan minyak masak dan digaul sebati.
 4.Ambil sedikit adunan dan warnakan merah dan hijau. (yg ni makcik abaikan juga)
 5.Sapu acuan baulu dengan sedikit minyak masak.Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit.
 6.Letakkan 1/2 sudu pewarna merah dan hijau di dalam acuan.Tutup dengan adunan warna biasa.(maksudnya,ambil sedikit adunan merah dan hijau dan sudukan ke dalam acuan ke- mudian tutup dengan adunanan warna biasa)
7.Bakar pada suhu 180'C-200'C selama 15 minit.(makcik bakar pada suhu 180'C selama 30 minit.Yg ni terpulang pd kepanasan oven masing2 la kan)
8.Setelah masak,cungkil baulu keluar dengan menggunakan lidi.Sejukkan.

Tip dari Chef Noraini: Acuan hendaklah diminyakkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan bahulu. Untuk membakar kali kedua,tidak perlu menyapu minyak lagi.Bahulu ini hanya sesuai dibakar dalam ketuhar api atas bawah. Nota dari Rahel: *Adunan bahulu Rahel masukkan dalam bag piping untuk memudahkan kerja. *Mula-mula panaskan acuan bahulu selama 5 minit,kemudian keluarkan dari oven dan spray dengan cooking oil,kemudian panaskan kembali acuan selama 3-5 minit dan picit adunan ke dalam acuan (isi penuh). *Bakar kuih dengan api atas bawah.Pastikan betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari oven untuk mengelak kulit bahulu melekat pada acuan. ~ sumber sy da lupa kat mna sy copy tp dr google juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Indonesia..

Assalamualaikum... alhamdulillah sampai juga kita di kampung halaman. setelah beberapa hari mengharungi perjalanan yang agak mencabar jug...