Langkau ke kandungan utama

...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk- angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlahsepenuh kasih sayang kepadanya.. Ibumu Yang Tercantik Sekali # CopyPaste ,

Ulasan

  1. Pengorbanan ibu... sdihnya... muhasbah diri disni..moga kita jdi anak yg soleh dan solehah. In Shaa Allah

    BalasPadam
  2. :'( selagi insan yg bergelar IBU itu masih ada... Sayangilah mereka.. In shaa allah aamiin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Assalamualaikum Indonesia..

Assalamualaikum...

alhamdulillah sampai juga kita di kampung halaman. setelah beberapa hari mengharungi perjalanan yang agak mencabar juga hehe... 20hb-24hb 4 hari perjalanan dari bukit garam kinabatangan menuju ke sulawesi tengah Indonesia.


kapal dibelakang tulah yg kami naiki menuju pelabuhan parepare selama 2 malam berlayar..






tak sempat gambar kapal sebab sesak dengan orang ramai.. atas kapal ja selpi haha








Maaf lambat keluar ceritaa..

Balikkk kampung...

Assalamualaikum....


Seperti entry yg lepas dengan ceritanya nak pulang ke kampung halaman, terletak nun jauh di Sulawesi tengah(kalau tak silap) Indonesia. Debaran kian terasa inshaaAllah 20hb ni kita berangkat. Kali pertama berjalan sendiri tanpa di temani kakak atau abang..  heee...  25tahun ni kali pertama pegi jauh sorang-sorang... tipulah kalau lutut ni tak bergegar yoo...


Selalunya bila orang balik kampung ni bawa baju ja kan, lain pula ceritanya, milo berpeket-peket dibawa almaklumlah dekat kampung sana milo mahal gilaa katanya pastu rasa diapun berbeza. Milo malaysia juga paling tiptop... isi beg pun mahu separuh penuh denga milo jaa... baju berapa helai ja pun.. huhu..





Bawa sikit ja barang. Dalam perjalanan nanti kena jaga dan awasi beg, kalau tak hilang di angkut orang lain. Nangis tak berlagu laa kita.. Dan di nasihati agar menyimpan tanda pada beg pakaian dan barang yg hendak di bawa. senang nak cam nanti sebab naik kapal air ni tak sama dengan naik pesawat yg da ada tag …

Berhijrah

Assalamualaikum.. Lama sungguh blog ni dibiarkan tanpa ada sebarang aktiviti.. Huuuuu.... K pas ni janji akan lebih aktif mengupdate segala macam status.. Sedih bercampur gembira perasaan ini.. Ok nak cerita inshaaAllah 20hb ni kak inaa balik ke kampung halaman yg nun jauh di sulawesi, indonesia... Sedih berpisah dgn adik beradik di sini(sandakan,sabah) dan gembira bertemu keluarga sepupu sepapat d sana(indonesia) .Pas ni kita jadi blogger indonesia la kan hehehe....(perasannyaaa)Nanti inaa ceritakan dan kongsikan perjalanan pulang okey peminat-peminat ku sekalian haha(perasan lagi).Sebelum tu nak belanja gambar akak yg sungguh molek ni (mohon muntah dgn minah yg perasan ni yaa)