Khamis, 27 November 2014

Resepi: Ayam Masak Lengkuas/Likku

Assalamualaikum...


haa dulu aku pernah kata yang mau buat entry pasal Ayam Masak Lengkuas kan, tapi sebab tak ada masa untuk menyalin panjang lebar, jadi aku tundakan niat itu... Dan alhamdulillah hari ini di berikan kesempatan untuk menaip seketika.



Ok macam tajuk utama kita hari ni, dengan segala rasa gembira aku nak kongsi resepi yang memang popular di kalangan kaum Bugis iaitu Ayam Masak Lengkuas atau masak Likku ... masakan ni selalunya di makan dengan Buras/Burasak , biasanya makanan ini kita jumpa pada hari Raya je, sebab untuk menyediakan bahannya susah kot??? Kalau malas masak goreng telor dadar ja huhu...


Kalau pegi beraya di rumah orang Bugis mesti ada hidangan ni ndak miss tu.. hehehe..


Okeyy semua perhatikan gambar di bawah ni.. :

 
beberapa batang Lengkuas yg telah di bersihkan, pastikan kulitnya di buang sebelum parut.. bole juga kalau nak bland dia tapi tak terasa btl lengkuasnya jadi aku parut ja, dan kalau memarut tu hati hati yaa mudah terkena jari.. jari aku ni dah calar calar kena parut so hati hati yaaa...


dah selesai parut tu.. perah lengkuas buang airnya sbb kalau terus di masak rasanya mungkin akan pahit...parut sekali dengan sedikit halia utk tambah aroma nya..

kelapa yg telah di parut dan ambil pati santannya


beberapa ketul ayam.. agak agak kalau 1ekor ayam guna dlm 1kilo lengkuas

bawang merah, bawang putih dan sedikit serai di titik ja k... bawang tu bole kisar atau tumbuk ja...

dan akhir sekali minyak utk memasak...


kalau keliru tengok gambar ni aku sediakan dalam bentuk taip pan pula..


bahan-bahan:
1 ekor ayam bulat
1 kilo Lengkuas
2 batang halia
5 biji bawang merah
2 tangkai serai
1 biji kelapa ( parut dan ambil pati santannya)
Garam dan aji namoto secukup rasa
minyak untuk memasak.


cara-cara:
potong ayam mengikut citarasa anda,
buang kulit lengkuas dan halia kemudian parut sekali.
Tumbuk/kisar bawang merah dan putih, titikkan serai.

Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang dan serai tadi sampai naik bau. Masukkan lengkuas yang dah dicampur dengan halia tadi gaul rata. kalau nak warna dia menarik bubuh sedikit serbuk kunyit.

Dah rata semua bahan tumis tadi, masukkan ayam yang telah di potong, gaul lagi kemudian masukkan santan dan gaul lagi... Rajin gaul sbb takut nt melekat hangus ayam korang hehe.. api sederhana ja kalau nak cpt didih kuatkan api tapi rajin gaul k..
bila Ayam dan Lengkuas tu nampak mcam dah tak berair sangat, santan dia mcm da meresap kering kering gitu, bubuh garam dan ajinamoto/serbuk peras. biarkan seketika sampai nampak keemasan warna ayam dan lengkuas tu.. jangan terlalu kering sangat sebab bila nanti dia selalu d panas dia kering sendiri. . pandai kan dia. hehe...


bila dah masak rupa dia macam tu yaa... haaaa...




Dan itu saja yang ingin aku kongsikan untuk entry hari ni... resepi Ayam Masak Lengkuas atau nama bugisnya Manu' nasu Likku...

hehe asyik asyik join GA ngn segmen ja kan sekali sekala cuba resepi juga hehehe... 


-sekian-
waasalam...

              yang benar:
                              n.sakinah

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen

Assalamualaikum...









klik SINI untuk join

Rabu, 26 November 2014

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'


~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana saya sangat suka tengok blog sis yang simple tapi cantik dan bila mula-mula masuk dah terpikat (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*
 

''Segmen:Blogwalking Promosi Blog & Like Fanpage"

Assalamualaikum...



Jom ramai2 kita join segmen ini...








Klik SINI untuk join..


21st Oktober - 30th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Selasa, 25 November 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!


hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Isnin, 24 November 2014

Segmen Mari Berkenalan

assalamualaikum...... jom ramai ramai join segmen by Nad Ladzim





klik baner di bawah untuk join okeyyy....





jom join ramai ramai..... ARAMAITIIIII.....!!

Yeaaa dapat baby baru..


Assalamualaikum.......



haa macam tajuk utama kita pada hari ini, best fren kita Ita dah selamat melahirkan baby ke-2 pada 23/11 (ahad).. kebetulan aku baru je cerita cerita dengan dia, aku balik dia pun di hantar ke Hospital Kinabatangan.. Alhamdulillah kedua duanya selamat..

welcom sayang... 

Takdapat tengok dekat dekat... :'(
dapat pic pun dari kak Diana

kenangan waktu dalam perut hehe...


-sekian-

Isnin, 10 November 2014

Aku, Kamera Dan...

Assalamualaikum.....



Tak mau taip panjang panjang...
Nak simpan koleksi PHOTOEDITING disini..

Permisi... Lalu dulu kata orang Sabah 'kasi limpas dulu ya' hehe..






-sekian-

Sabtu, 8 November 2014

Ku Di Lamun Cinta

Assalamualaikum.........





Hehe saja ja bubuh tajuk cam tu biar gempak seh gitewww.... Haha..
K la tak mau banyak menaip sangat ni, jari lenguh lenguh taip pastu salah eja padam balik huhuhu bila tengok, semak balik amboi kemain banyak silap eja entah apa yg aku duk taip kadang bila aku da post entry baru perasan ada kesilapan, haaa kemas kini balik dahhh... Maklumlah kita ni kan cuma insan biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan jadikan suatu pengajaran di masa akan datang In Shaa Allah...



Oya aku suka sangat edit gambar dekat  Photo Grid  comel je nampak hehe (puji diri sendiri minah ni)


Antara karya yang aku cipta dengan Photo Grid:
Ada mcm Yuna tak?? Hehehe...



Malu la tu kononnya... Hakhakhakkk...!!



Control ayu gitu... Ok ok... Saya dah ready ni... Rombongan silakan.. Hehehe...





Ok.. Itu antara sedikit editing yang aku buat, yalahkan muka siapa lagi kalau bukan muka aku hehe..



-sekian terimakasih-

Isnin, 3 November 2014

Kenduri Kahwin Ohh Kenduri Kahwin

Assalamualaikum....

Ok taip entry laju-laju.. Kemarin adalah singgah dekat Bandar Lela jempuatan kenduri kawen kawan, dah terjumpa dengan kawan lama kawan kecik-kecik dlu, sebelum kita ke kenduri kawen singgah kejap ke bandar cari hadia utk pengantin. Da penat keliling bandar tak jumpa juga dengan hadia yg bekenan.. Mula-mula rasanya dorg nak bagi kuali,periuk,senduk segala pinggan mangkuk haa... Bila fikir balik aik? Tak jadi bajet kurang hehe.. Beli sampul isi sedikit RM da.. Senang..

Mcm betanding je dua orang ni kan..hehe tuu best preng kita dari kecil.. Ita, comel je puyut dia ^_^


Dengan peminat tegar k-pop Intan

Entry ni sebenarnya dah lama aku taip.. Akan tetapi baru aku ternampak draf, hehe baru la aku  sambung balik karang haha dah mula timbul mood kemalasan di situ..

Aku habiskan jalah ceritanya ni.. Alang alang dah wifi hidop kan..

Rupa pengantin pun belum masuk lagi jap aku cari gambo yaa bb rasanya da jauh tersimpan... Kena skrol lelaju album gambar aku ni...



Jeng..jeng..jenggggg........

Tu diaa rupa pengantinnya hehe... Yg puang je aku dok snap nak nunggu yg laki lambak lagi.. Ni pung nak cepak...huhuhu...



Selamat pengantin baru buat puan Lela tomato.. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Aamiin... 'Barakallah hulakuma wa barakah.. Alaiikum mah waa jamaa' baina kum maa fii khair...'




Ita ngn suami dia.. Dorng ni kan nmpk mcm sweet je.. Hehe

Kak diana dgn suami dia.. Sebenarnya suami ita ngn suami kak diana adik beradik jadi kesimpulannya ita dgn kak diana Biras.. Ye ke cam tu..??




Ok sekian saja entry kli ni... Wifi da nak bagi off..huhu...

-terimakasih-

:'(

Kerana itu aku serik memegang harap pada manusia. 
Janji Allah itu pasti. 
Setiap yg hidup pasti akan mati. Dan Aku juga bakal menyusuli.
Doa itu tetap ada. 
Dengan izin dan rahmat Allah, Moga bertemu lagi di syurga.

- Al- fatihah

Sabtu, 1 November 2014

Welcom November...

Assalamualaikum... Hiii....



Haa dah masuk bulan November.. Maknanya dlm beberapa hari lagi genap suda usia ku 23 tahon... Huhuhu tua dah aku ni kan..
Bila agaknya orang nak masuk minang aku nii.. Hahahaiii...

Sedar tak sedar dekat penghujung tahun dah, usia naik lagi 1 tingkat, harap harap kematangan pun bertambah In shaa Allah..
Kalau nak ingat time kecik kecik dulu, suka sangat tengok akak akak yg besar besar nak jadi macam dorang juga haha.. Sekarang ni bila dah besar rasa nak jadi budak budak balik, ya la kan jadi kanak kanak ni macam tak ada masalah tertanggung, dalam otak hanya fikirkan keseronokan bermain..

Rindu dengan kenangan yg lalu :')

My sibling.. ♥♥
Miss u oll.... :'(

Bila jauh jauh dengan adik beradik ni mula la rindu rinduan.. Raya hari tu tak sempat bergambar bersama..

Mereka mereka semua dah pun berkahwin... Dan abg aku nan sorang tu akan berkahwin tak lama lagi...
Tinggal lah aku sensorang yg menanti dan terus menanti... Cewahhh ....



Rasa seronok ada kakak ngn abg.. Rasa aku jadi macam princess... Jadi kesayangan haha...


Ok dah kata tadikan, dekat dekat birthday aku ni aku pun pujuk lah akak kesayangan yg sorang ni cam biasalah kalau bukan kak blogger kita kak Diana hehe... 



Tuu diaaa.... Comey skrt tu suka sngt tngok..
Pemandangan tepi rumah saat bunga bunga berguguran...


Haa jadi itu lah sedikit cotetan utk menyerikan lagi belog aku yg x seberapa ni....


-sekian-

Assalamualaikum Indonesia..

Assalamualaikum... alhamdulillah sampai juga kita di kampung halaman. setelah beberapa hari mengharungi perjalanan yang agak mencabar jug...