Selasa, 18 Oktober 2016

Balikkk kampung...

Assalamualaikum....


Seperti entry yg lepas dengan ceritanya nak pulang ke kampung halaman, terletak nun jauh di Sulawesi tengah(kalau tak silap) Indonesia. Debaran kian terasa inshaaAllah 20hb ni kita berangkat. Kali pertama berjalan sendiri tanpa di temani kakak atau abang..  heee...  25tahun ni kali pertama pegi jauh sorang-sorang... tipulah kalau lutut ni tak bergegar yoo...


Selalunya bila orang balik kampung ni bawa baju ja kan, lain pula ceritanya, milo berpeket-peket dibawa almaklumlah dekat kampung sana milo mahal gilaa katanya pastu rasa diapun berbeza. Milo malaysia juga paling tiptop... isi beg pun mahu separuh penuh denga milo jaa... baju berapa helai ja pun.. huhu..

selfi dgn beg.... nampak sikit tapi berat dia macam ada isi batu bata kat dalam... jenuh laa tukang angkat beg i nanti.. hahaha




Bawa sikit ja barang. Dalam perjalanan nanti kena jaga dan awasi beg, kalau tak hilang di angkut orang lain. Nangis tak berlagu laa kita.. Dan di nasihati agar menyimpan tanda pada beg pakaian dan barang yg hendak di bawa. senang nak cam nanti sebab naik kapal air ni tak sama dengan naik pesawat yg da ada tag di sediakan kapal air ni sediakan tag sendiri. Kalau tak mau sampai Papua beg kita nahh....hehe..

Bersambung......

Okey sedikit kenangan di kongsi dalam entry ni.. rajin dah kan mengarang cia cia ciaa...

Jumpa lagi di entry seterusnya... 

Jumaat, 7 Oktober 2016

Berhijrah

Assalamualaikum.. Lama sungguh blog ni dibiarkan tanpa ada sebarang aktiviti.. Huuuuu.... K pas ni janji akan lebih aktif mengupdate segala macam status.. Sedih bercampur gembira perasaan ini.. Ok nak cerita inshaaAllah 20hb ni kak inaa balik ke kampung halaman yg nun jauh di sulawesi, indonesia... Sedih berpisah dgn adik beradik di sini(sandakan,sabah) dan gembira bertemu keluarga sepupu sepapat d sana(indonesia) .

Pas ni kita jadi blogger indonesia la kan hehehe....(perasannyaaa)

Nanti inaa ceritakan dan kongsikan perjalanan pulang okey peminat-peminat ku sekalian haha(perasan lagi).

Sebelum tu nak belanja gambar akak yg sungguh molek ni (mohon muntah dgn minah yg perasan ni yaa)

Assalamualaikum Indonesia..

Assalamualaikum... alhamdulillah sampai juga kita di kampung halaman. setelah beberapa hari mengharungi perjalanan yang agak mencabar jug...